13 Januari 2018

Memulakan Sistem

Tanggal 11 Januari 2018, Bengkel Pengurusan Organisasi BADAR telah dijalankan di Bilik Kuliah Musollah Jannatun Naim. Bengkel yang menyasarkan ahli majlis tertinggi (AMT) BADAR ini telah dikendalikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu merangkap Penolong Setiausaha - II BADAR, En. Ariffin bin Salleh. 

Matlamat bengkel ini adalah untuk membudayakan pengurusan organisasi secara sistematik bagi meningkatkan imej dan keberkesanan BADAR sebagai sebiuah organisasi dakwah. Objektifnya pula adalah untuk mengemaskinikan sistem fail BADAR agar selari dengan kehendak penilaian BADAR Terbilang; mendidik ahli BADAR menjalankan tugas mengikut perancangan; dan mendedahkan amalan pengurusan terbaik AMT BADAR ke arah pengurusan BADAR Terbilang.

Bengkel separuh hari ini telah telah meninggalkan beberapa tugasan untuk diselesaikan sepanjang tahun ini oleh semua AMT khususnya ketua lajnah ke arah mencapai visi dan misi BADAR iKUPS. Semoga apa-apa yang diincangkan dalam bengkel ini mampu meningkatkan kualiti pengurusan semua ahli BADAR pada tahun ini. 





Tiada ulasan:

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...