Insya-Allah, pagi nanti akan berangkat (beg) ke Kolej Tunku Khursiah, Seremban untuk bersama-sama memeriahkan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) peringkat Kebangsaan. Bertugas sebagai hakim bahas bahasa Melayu, acara ini ialah acara wajib yang sudah diikuti sejak mula-mula masuk ke sistem SBP. Sejak tahun 2005, setiap tahun saya pernah tidak ketinggalan menyibukkan diri dalam HKSBP sama ada di peringkat zon utara mahupun kebangsaan melalui penglibatan sebagai jurulatih merangkap guru pengiring atau sebagai hakim. Semoga perjalanan kali ini sampai ke destinasi dengan selamatnya (tiba-tiba teringat kenangan ke HKSBP di SAKTI, 2007 ~ memeritkan!) Juga doakan kejayaan pembahas BM dan BI tahun ini (walaupun saya tidak lagi menjadi jurulatih mereka pada tahun ini).
22 Mei 2011
20 Mei 2011
17 Mei 2011
Terima kasih ...anak-anakku!
Untukmu, anak-anakku, kutitipkan setangkai puisi
sempena hari guru
Terima kasih anak-anakku
kerana tanpamu, aku tidak bisa
berdiri di hadapan kalian
dan berkata
"aku ialah guru".
Terima kasih anak-anakku
kerana menjadikan diri ini
kuat dan cekal
mendidik kalian.
Terima kasih anak-anakku
kerana mendengar kata
kerana meminjamkan telinga
kerana membuka jiwa
kerana melembutkan atma
kerana sudi menadah sukma.
Terima kasih anak-anakku
kerana mengingat nama ini
dalam gembira, dalam marah
dalam suka, dalam benci
dalam diam, dalam jaga
dalam tidur, dalam gosip.
Terima kasih anak-anakku
kerana menitipkan kata
"Terima kasih cikgu!"
14 Mei 2011
Pidato Piala Diraja & untuk anak2 i-KUPs
Alhamdulillah, sekali lagi i-KUPs mempertahankan kejuaraan Pidato Piala Diraja Daerah Kubang Pasu buat kali keempat berturut-turut sejak 2007 (2010 tidak dipertandingkan di peringkat daerah) . Pertandingan yang diadakan di SK Bandar Baru Darulaman, Jitra pada 12.05.2011 telah berlangsung dengan meriah. Syukur, wakil i-KUPs telah berjaya menawan hati hakim untuk membawa balik piala pusingan semula ke i-KUPs. Peserta kali ini, Mohamad Sharulnizam bin Md Roni, akan menggalas cabaran di peringkat negeri Kedah pada 19.05.2011 di SMK Ayer Hangat, Langkawi. Doakan beliau berjaya mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan pula.
*****************
Dan pada 13.05.2011, bekas anak-anak i-KUPs telah menerima makluman dan jawapan masing-masing daripada JPA. Ada yang berjaya dalam kursus yang dipohon, ada juga yang tidak. Kepada yang berjaya memperoleh biasiswa JPA, tahniah. Walaupun mungkin negara yang anda mohon tidak berjaya, namun masih berjaya meneruskan di luar negara, dalam bidang yang sama... tahniah dan syabas! (awek Poland cun jugak, ya Aiedid! :-D). Kepada yang terpaksa (buat masa ini) berpuas hati berada di Matrikulasi, Pusat Asasi, atau meneruskan pengajian dalam Diploma di dalam negara, tahniah juga. Teruskan usaha. Usah kecewa. Kalau kita asyik merenung bintang di langit, lambat laun kita mungkin terjatuh ke dalam lubang di daratan. Bersyukur dengan apa yang ada, berusaha dengan upaya yang tersisa.
11 Mei 2011
Ratu Hatiku...
Untukmu ibu,
kuhadiahkan secangkir kasturi untukmu
moga aman kau di sana
di bawah lindungan-Nya
Allah Yang Maha Esa.
sesungguhnya
setiap hari
adalah untukmu
ibu....
al-Fatihah
buat wanita teristimewa
Chik bt Musa...
06 Mei 2011
Belasungkawa
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un... Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.
Sudah dua orang anak-anak SBPIKP yang meninggalkan kami. Terlebih awal. Rupa-rupanya, dalam keasyikan, kita hampir terlupa: roh yang dipinjamkan-Nya bisa sahaja diambil pada bila-bila masa.
Ya Allah, Kautempatkanlah roh anak didik kami, Ahmad Shahir Saad di tempat hamba-hamba-Mu yang muttaqin, Ya Allah, ampunilah dia, rahmatkanlah dia, afiatkanlah dirinya, dan maafkanlah ia. Ya Allah, Kau pindahkanlah ia daripada kesempitan kubur dan liang lahad ke syurga Khulud kepada bayangan yang dibentangkan, dan air yang dituangkan, dan buah yang banyak tiada disekat. Kaucucurikanlah ke atasnya rahmat dan maghfirah-Mu, ya Allah!
Al-Fatihah, buat Allahyarham Ahmad Shahir Saad...
| Kenangan menumpang di MOZ@K 2007 |
| di HKSBP ke-34, 2007 - SMS Kota Tinggi |
| Malam Silaturahim HKSBP ke-34, SAKTI. |
01 Mei 2011
Hanya Yang Terbaik...
| Penerima Anugerah Cemerlang & Penghargaan Ketua Pelajar |
Alhamdulillah... pada 30 April 2011 telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang i-KUPs kali ketujuh. Dalam usia yang masih muda, i-KUPs berbangga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya dalam akademik. Majlis penyampaian anugerah telah dihadiri oleh Pn. Hjh Jemilah Mansor, Timbalan Pengarah (Sekolah Kecemerlangan), mewakili Pn. Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM yang tidak dapat hadir kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.
| Tahniah Alyana Fatini, Pelajar Terbilang Keseluruhan SPM 2010 |
Selain memberi penghargaan kpd pencapain dalam peperiksaan dalaman, anugerah Pelajar Cemerlang, Pelajar Gemilang dan Pelajar Terbilang PMR & SPM 2010 menjadi kemuncak acara. Tahniah kpd Alyana Fatini yang berjaya memperoleh anugerah pelajar terbilang keseluruhan SPM. Semoga tahun ini lebih ramai yang memperoleh kejayaan yang terbaik dalam PMR & SPM. Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini, tahniah kerana kita yang terbaik, tanpa kita majlis ini tidak akan berjalan seperti yang dilihat semalam! :-)
| Pascaprogram : masih bertungkus lumus selepas semua orang meninggalkan majlis |
| Raptai : Ustazah Haliza, Setiausaha MAC VII sibuk memantau |
| Raptai : pasukan silat gayung |
| Raptai : "ikan sampin macam ni!" |
| Raptai : menunggu VVIP |
| Raptai : memeriksa perbarisan kehormat |
| Raptai : aik, pramusaji baru potong kuku? |
| Raptai : memberi taklimat perjalanan majlis |
| Sembang2 Raptai |
| Raptai |
| Komen sikit... |
| Pramajlis : sibuk menjahit tanglung |
| Pramajlis : tanpa jurupotong, rama-rama tak dpt terbang! |
| Pun sibuk menjahit? |
| Mencipta taman mini |
| Pascaprogram : Keletihan selepas membasuh cawan dan piring |
Langgan:
Catatan (Atom)
Sang Pembicara
Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...
-
Teks syarahan agama 2010. Tajuk :: Masjid Membina Keunggulan Ummah Pemidato :: Mohd Shahrulnizam bin Md Roni Sekolah :: Sekolah ...
-
<a href="http://www.pax.com/free-counters.html"><img src="http://counter.pax.com/counter/image?count...
-
Alhamdulillah, pelajar-pelajar Tingkatan Empat 2021 iKUPS telah berjaya menyiapkan projek-projek yang meliputi tema yang dipelajari dalam s...

