05 September 2012

Kutitip pesan untuk kalian


Sudah bulan September. Universiti sudah membuka pintu pagarnya untuk seluruh warga. Dalam dan luar negara. Tahniah kepada anak-anak i-KUPs yang telah berjaya melalui gerbang keilmuan di bawah terik cabaran. Semoga kemeriahan ilmuwan yang saling bertingkah menjernihkan minda, menajamkan akal kalian. Usah membontot membuta tuli; usah menyongsong meng'khinzir' buta. Nilai keilmuan bukan pada kata, bukan juga pada pointer. Namun pada makna yang terjelma pada kata dan pointer.


Betulkan niat, bulatkan tekad... Allah bersama-sama kalian.

Tahniah dan selamat berjuang kepada semua!
 

3 ulasan:

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

Terima kasih cikgu (walaupun dah lama masuk uni ) :)

Unknown berkata...

Salam cikgu.. Saya tertarik dengan blog cikgu..
cikgu, dalam ayat "Betulkan niat, bulatkan tekad" tu cikgu salah eja perkataan "bulatkan" (bulatkab).=)

arsal74 berkata...

Terima kasih atas pembetulan :-)

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...