12 November 2023

KBAT kembali!

Empangan Beris, 3 Nov - Menjunjung tradisi, Majlis Guru Cemerlang IKUPS (MGC IKUPS) sekali lagi menjalankan aktiviti Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Dengan menggunakan Modul Permulaan, sasaran peserta bengkel ialah murid-murid Tingkatan 2 SBPI Kubang Pasu (IKUPS). Bengkel ini dijalankan bersempena Kem Jati Diri Murid Tingkatan 2 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling IKUPS. Program ini telah dihadiri oleh peserta seramai 116 orang yang terdiri daripada 57 lelaki dan 60 perempuan. 




Menurut Pengerusi MGC IKUPS, En. Ariffin bin Salleh, bengkel ini ini direka khas bagi memahamkan murid bahawa KBAT bukan hanya digunakan dalam mata pelajaran di dalam kelas. Murid diharapkan sentiasa berfikir secara aras tinggi apabila menghadapi situasi sukar dalam rutin kehidupan mereka. Jadi, aktiviti bagi program ini 'memaksa' mereka berfikir di luar lingkungan kebiasaan. Mereka diterapkan bahawa berfikir secara biasa tidak akan membuahkan hasil yang luar biasa. 

Aktiviti KBAT dimulakan dengan pecah bendungan, disusuli dengan taklimat ringkas tentang MGC IKUPS dan konsep KBAT. Pengakhirannya, mereka telah diminta menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi seterusnya memikirkan penyelesaian yang efektif menggunakan konsep KBAT yang ditunjukkan. 





Walaupin cuaca agak lembap dengan hujan mencurah sebelum aktiviti dijalankan, namun peserta begitu aktif. Aktivit yang bermula jam 9.00 malam berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Sesi yang dikendalikan oleh En. Ariffin, En. Mohamed Nazri, En. Omar, dan Pn. Asmaniza ini diharapkan membantu peserta terus berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyeldaikan permalsaahan yang timnbul dalam kehidupan mereka.




Tiada ulasan:

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...