02 Februari 2020

Bangkok - Hari 4

26 Januari 2020 -   Sekitar jam 9.00 pagi waktu Thailand, kami bergerak keluar dari penginapan. Kami bersarapan ala kadar sebab mahu mencuba menu di tempat tujuan kami - Pasar Minggu Chatuchak! Khabarnya pasar ini memang popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Kawasannya memang luas. Barangannya juga pelbagai : daripada barangan basah, kraf tangan, seramik sehinggalah pakaian. Bagi mereka yang kaki 'shopping', memang puas hati. Masa tiga jam memang tak cukup! Namun, bagi aku tidaklah begitu mengujakan kerana barangannya agak 'biasa', bukan 'taste'.



Dan awas! Sila makan dahulu sebelum ke sana. Kami yang mengharap untuk makan di pasar berkeliaran mencari kedai makanan halal kerana agak sukar untuk diperoleh. Lebih setengah jam jugalah melilau sebelum akhirnya terjumpa gerai Pattani yang agak sesak dengan pengunjung. 

Selepas solat Zuhur di surau di 'mall' yang agak moden, kami meneruskan perjalanan ke tengah-tengah bandar raya Bangkok. Grande Centre Point, Terminal 21, Bangkok. Sebuah 'megamall' : Central World Bangkok yang merupakan pusat beli belah berkonsepkan bandar raya utama dunia tersedia untuk sisi moden bandar raya ini. Sesuai untuk orang muda yang inginkan suasana beli belah moden. Namun, selain konsep bandar raya dunia yang menjangkau tujuh tingkat, barangannya tidaklah begitu menarik. Sebenarnya, kalau diikutkan aku lebih tertarik untuk ke 'Siam' - pusat beli belah yang moden dan baharu (errr... selalu tengok cerita Thailand buat penggamabaran di mall Siam ni hehehe). Apa-apapun, barangan di sini semuanya jenis mampu tengok (mungkin faktor usia yang menyebabkan dah tak obses dengan jenama ni).


Persinggahan terakhir kami ialah di sebuah restoran masakan Selatan yang memang berbaloi : Restoran Ahmad Rosdee di kawasan Ramkhaeng. Penutup yang baik!


Esok, kami akan berangkat pulang...

Tiada ulasan:

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...