Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Syukur, telah lima hari acara tahunan SBP, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kali ke-40 berlangsung di Sekolah Menengah Sains Selangor. Hari ini ialah hari kemuncak pertandingan bahas, debate dan bola keranjang. Pasukan yang telah berjaya mara ke separuh akhir (bahas dan debate) akan berentap bagI melayakkan mereka bertemu di PICC pada 30 Ogos nanti bagi pertandingan akhir. Walau bagaimanapun, pasukan I-KUPs tidak berjaya melangkah lebih jauh apabila hanya mampu bertahan hingga ke pusingan kalah mati saja (pusinga kedua). Begitupun syukur kerana telah berjaya meraih juara kumpulan O dan melayakkan diri ke pusinggan kedua. Sesungguhnya kejayaan bukannya mudah. Usaha dan pengorbanan diperlukan bagi memastikan kejayaan ini terhasil. Begitu juga, sepanjang pertandingan doa dan kata-kata semangat daripada seluruh warga dan bekas warga I-KUPs tidak putus-putus mencurahi mereka. Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak-anak I-KUPs ini.
Pada tahun ini, bekas pelajar telah mampir memberI sokongan. Kalau sebelum ini hanya menyaksikan sekolah-sekolah 'lama' yang membanjiri setiap inci kawasan sekolah, kini x-student I-KUPs turut memeriahkan suasana. Itulah hakikat HKSBP. Berkumpulnya seluruh warga sbp bagi memberi sokongan dan semangat kepada sekolah dan bekas sekolah masing-masing merupakan antara perkara yang menarik kepada sbp. Mungkin inilah satu-satunya acara yang dapat menyambung dan mengikat silaturahim serta nostalgia warga sbp, sama ada yang baharu meninggalkan bangku sekolah mahupun yang sudah bergelar senior. Lantaran itu, di sebalik cadangan dan gesaan agar hksbp 'dikecilkan' saiznya dengan menyaring mereka di peringkat zon, terdapat juga gesaan supaya fenomena seperti asal dikekalkan. Walaupun mungkin berlaku kesusahan kepada tuan rumah, namun pengalaman yang 'agak sunyi' di Pasir Putih pada 2010 menunjukkan bahawa ia sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Namun memandangkan pada tahun hadapan sebanyak 70 buah sbp akan bertandang ke SESMA bagi hksbp41, pihak atasan mungkin perlu memikirkan startegi baharu dalam pelaksanaan program ini,. Mungkin tuan rumah tidak lagi diberikan kepada sebuuah sekolah sahaja, tetapi digabungkan untuk dua atau tiga buah sekolah seperti yang dilakukan pada hksbp40 ini. Namun sudah pastilah bajet besar dan mencukupi amat perlu diberikan kepada tuan rumah agar perjalanan majlis berlangsung dengan lancar tanpa masalah besar.
Apa-apapun, tahniah kepada SMSS dan semua pihak yang telah memastikan HKSBP40 berjalan lancar pada tahun ini. Semoga pada tahun hadapan, pesta ini bertambah metiah dengan kehadiran warga baharu sbp... kepadembahas I-kups, tahniah kerana berjaya melepasi pusingan satu, namun ingat, sasaran masih jauh untuk dicapai!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan