Ke hadapan Aku yang dikasihi,
Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar diriku sekarang? Sudah lama kita tidak berutus surat. Saya memohon kemaafan kerana baru hari ini saya berkesempatan membalas surat diriku. Memang benarlah kata diriku : silatulrahmi itu seumpama benang tergumpal - jika tidak diurai selamanya ia terpintal.
Saudara Aku yang dekat di hati;
Warkah syahdu saudara kepada al-Khaliq mungkin telah sampai kepada-Nya. Bagaimana perasaan saudara sekarang? Masihkah air mata keinsafan mengalir dari bibir mata saudara yang bening itu? Ataukah saudara sudah melupakannya di sebalik hitaman kening nafsu yang menderu? Sesungguhnya kita ialah hamba-Nya. Ayat-ayat taubat yang dikarang mungin tidak terbaca oleh-Nya; namun bisikan-bisikan nasuha yang melingkari atma itulah yang didengar Khaliq. Memang mudah untuk melafazkan kata lewat lidah tak bertulang; namun sukar menitipkan dendam lewat nafsu mutmainnah.
Aku yang dikasihi;
Duhai Aku yang tersayang;
Tuhan menyayangi dirimu. Diberikan peringatan dalam rupa manusiawi. Dia begitu Agung melimpahkan maghfirah - ditambahkan dengan tangan manusia : kerana manusia 'mampu melupakan', tetapi jarang sekali memaafkan. Kerana itulah dikirim peringatan, bahawa hanya Dia yang bisa mengampunkan - sedang insan sentiasa di sekeliling kita, sedia untuk memperingatkan! Kerana itu, duhai Aku yang tersayang : dekatkan diri kepada-Nya, ceritakanlah dengan air mata atma, bukan dengan nada bangga kepada mahkhluk-Nya. Bukan bibir yang bersuara, tetapi biarkan kalbu yang berduka. Kerana bukan hanya bulan yang bisa bicara, tetapi manusia juga bisa bersuara. Bukan bintang menjadi saksi, tetapi malaikat pencatat diari.Wahai Atmaku;
Sepantun kata sudah terucap, segumpal hati sudah bicara. Terima kasih, wahai Aku kerana mengingatkanku, dalam rupamu.Yang Ikhlas,
Aku.
p/s : http://alhawari21.blogspot.com/2012/01/taubat.html
2 ulasan:
tersayu sekejap..=p
selamat berpuasa
Selamat berbuka puasa...
Catat Ulasan