10 April 2012

Tahniah, pasukan MTQ...

Tahniah kepada semua peserta MTQ i-KUPs yang telah menunjukkan kejayaan cemerlang dalam pertandingan MTQ daerah Kubang Pasu. Semua empat peserta i-KUPs berjaya mendapat tempat, iaitu dua sebagai johan (Hafazan Puteri & Nasyid) manakala dua lagi (Tilawah Puteri & Syarahan Putera) berjaya mencapai naib johan. Yang berjaya akan mengikuti pertandingan peringkat negeri di Sungai Petani pada 14 April ini. Semoga kedua-dua wakil i-KUPs berjaya ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pahang (untuk MTQ), Bagi Festival Nasyid pula, tempatnya masih belum diumumkan. Semoga wakil i-KUPs akan terus mencerahkan negara dengan cahaya kejayaan, insya-Allah!

2 ulasan:

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

Tahniah!
Insya-Allah boleh pi kebangsaan :)

arsal74 berkata...

Insya-Allah... membawa balik semula kedua-dua buah piala tahun lepas :)

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...