Keputusan Penilaian Menengah Rendah tahun ini mencatatkan peningkatan
dari segi kualiti, tetapi menurun dari segi kualiti. Herm...macam mana
tu? Selepas tahun lepas 100% kelulusan dicatatkan, tahun ini hanya
98.82% atau 84/85 pelajar sahaja yang lulus sekurang-kurangnya D dalam
semua mata pelajaran. Walaupun begitu, Gred Purata Sekolah (GPS) tahun
ini meningkat kepada 1.15 berbanding dengan tahun lepas 1.27. Sementara
itu seramai 41 orang pelajar berjaya memperoleh 9A, iaitu sebanyak
48.23% berbanding tahun lepas, seramai 23 orang (28.04%), yang terbaik
sejak tahun 2006. Walaupun begitu, sasaran tahun ini sedikit tersasar.
Pihak sekolah menyasarkan GPS 1.12, sementara yang memperoleh 9A seramai
50 orang. Namun sasaran 73 orang (85.88%) untuk memperoleh 7A, 8A dan
9A tercapai dengan jumlah yang tepat (73 pelajar) telah berjaya
mencapainya. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya
dengan cemerlang. Yang kurang cemerlang, usaha dengan lebih kuat untuk
SPM. Apa-apa yang penting ialah, fikirkan aliran pengajian anda untuk
tahun hadapan : Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal atau
mungkin anda perlu memikirkan dengan serius untuk masuk ke aliran Sains
Sosial atau Agama Tulen (yang sudah pasti tidak terdapat di i-KUPs).
Fikir-fikirkanlah, kerana fikir itu pelita hati.
Kepada pendidik i-KUPs : Tahniah!
|
Slip Pelajar yang memperoleh Semua A |
|
Keputusan sudah di tangan |
|
Tahniah dengan keputusan 9A! |
|
Syukur alhamdulillah! |
2 ulasan:
Tahniah SBPIKP. :)
Tahniah juga kepada warga pendidiknya. :)
Moga dapat mencapai kejayaan yang lebih manis pada keputusan SPM ni sebagai SBT. :)
Alhamdulillah...tahniah ya adik2.. ^_^ adik angkat saya ada di situ!tahniah!moga kejayaan dipertingkatkan.. :)
Catat Ulasan