22 Jun 2011

Melayu ini Pinjaman?

Saya terkesan dengan pendapat seorang peserta kursus 'Memartabatkan Bahasa Malaysia - 'e-Learning' dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu' pada petang tadi, di IPGM Kampus Darulaman. Saya terlibat sebagai penceramah / faslitator dalam kursus tersebut. Hakikatnya, pendapat beliau [yang beliau bawakan daripada 'pendapat' orang lain] tercetus daripada persoalan saya sendiri : benarkah Bahasa Melayu hanya mempunyai empat perkataan asli? Batu, kayu, babi, dan padi? Peserta ini mengatakan, ya!. Sumber pendapatnya : Bahasa Melayu abad ke-7 yang terdapat pada batu bersurat di beberapa kawasan di Sumatera yang dikatakan membuktikan perkara ini. Perkataan lain? Kelapa atau kepala bagaimana pula? Daripada Bahasa Sanskrit ~ katanya.

Anda, bagaimana?

2 ulasan:

yui berkata...

huhuhu... kalau betul pun takda masalah kan...? kalau ada 4 saja perkataan asal ada maksud tersirat apa2 ka?

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

macam-macam betul. Boleh la cikgu terukan kajian :)

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...