11 Jun 2011

Anak Bangsa Malaysia?

 Sumber : Malaysiakini

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyokong tindakan Jabatan Pendaftaran Negara menolak permohonan mendaftarkan bangsa 'Anak Malaysia' kerana ia mengelirukan dan tidak sejajar dengan susun atur masyarakat yang sekian lama diamalkan.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijalPresidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kiri) berkata, permohonan sebegitu akan meminggirkan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Setiap warga negara perlu akur dan menerima bahawa terdapat perbezaan keistimewaan di kalangan rakyat Malaysia namun ia perbezaan tersebut tidak harus menjurus ke arah penindasan atau kezaliman terhadap mana-mana kaum," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zainul Rijal berkata, kerajaan perlu tegas menangani perkara itu kerana bangsa dan kaum ini bukan sahaja berkaitan pengenalan diri tetapi mempunyai hak dan kuatkuasa undang-undang yang berlainan.

"Pihak kerajaan tidak seharusnya melayan permohonan yang didasarkan kepada populariti dan kepentingan tertentu sahaja," katanya.

Katanya, PPMM gusar sekiranya permohonan sebegitu dibenarkan, ia akan membuka ruang yang luas kepada permohonan lain yang akhirnya akan menghakis jatidiri dan identiti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Zainul Rijal berharap kerajaan tidak mengulangi tindakan "terlalu banyak bertolak ansur" dalam pelbagai isu sehingga tidak selari dengan perlembagaan, seperti penggunaan istilah Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Melayu.

Sementara itu, beliau juga berhujah, pembentukan bangsa bukan boleh dicipta sesuka hati tetapi ia berakar umbi dari susur galur sejarah dan peradaban sesuatu kaum itu.

"Mencipta suatu bangsa yang baru pada masa ini amatlah tidak bertepatan kerana semua bangsa di dalam dunia ini telahpun dikenalpasti dan diketahui ciri-ciri, peradaban, bahasa dan budayanya," katanya.

Beliau juga menolak usaha di kerajaan menghapuskan pengenalan etnik, kaum dan agama di dalam borang-borang rasmi ataupun maklumat rasmi kerajaan, sekiranya ada.

"Ini adalah disebabkan di Malaysia adalah amat penting mengetahui kaum dan agama seseorang bukan untuk diskriminasi tetapi hak dan pelaksanaan undang-undang," katanya.

Tiada ulasan:

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...