11 Jun 2011

... dan perjalananpun bermula

Seminggu sebelum cuti penggal pertama, saya telah 'berjalan' ke Seremban. HKSBP peringkat kebangsaan di Kolej Tunku Khursiah menuntut saya menjadi hakim bahas bahasa Melayu buat kesekian kalinya. Sebelum itu, saya telah membawa pelajar yang saya latih untuk pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat Daerah dan peringkat Negeri di Pulau Mahsuri, Pulau Langkawi. Saya telah berjalan meninggalkan kelas dan P&P selama tiga minggu, dan telah mengambil tanggungjawab memastikan pemidato saya mengambil Peperiksaan Pertengahan Tahun sejurus selepas setiap aktiviti kokurikulumnya. Walaupun sekadar menjadi Naib Johan Peringkat Negeri Kedah, namun saya percaya "usaha tangga kejayaan" kerana "yang bulat tak 'kan datang bergolek, yang pipih tak 'kan datang melayang". Saya gembira melakukan tugasan ini kerana inilah kepakaran saya. Dan saya tidak melakukan semua ini kerana siapa-siapa, kecuali kerana Allah untuk pelajar-pelajar saya. Walaupun pada awal tahun saya sudah menegaskan kepada Panitia bahawa saya ingin berehat daripada bahas dan pidato, namun saya tidak keberatan membantu apabila diperlukan. Tak perlu berterima kasih, cukup sekadar tidak menyusahkan saya.

Semasa cuti pertengahan tahun, saya telah menghabiskan seminggu untuk persiapan dan menghadiri Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang SBP di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Alhamdulillah, saya berjaya membentangkan hasil Kajian Tindakan saya dalam persidangan tersebut sebagai perkongsian bersama-sama rakan GC lain - yang sebenarnya lebih berpengalaman.

Kesempatan di Kuala Lumpur saya isi dengan perjumpaan dengan bekas pelajar i-KUPs di IPTA : UPM, UM dan UIA. Melihat-lihat mereka di sana untuk mengisi ruang sebelum pulang ke desa tercinta. Percutian saya di kampung tidak terlalu lama, kembali semula ke KL pada Khamis dan pulang ke Kedah pada Jumaat (sampai di Kedah pada Sabtu).

Percutian kali ini memang dirasakan singkat. Kalau sebelum ini setiap kali cuti saya berasa ingin berada di sekolah, namun kali ini saya berasa seolah-olah belum cukup. Untuk mengembalikan tiga minggu bekerja saya sebelum dapat bercuti - kerana "berjalan-jalan" atas urusan rasmi :: banyaknya atas sebab aktiviti kokurikulum; saya berasa say perlukan beberapa hari lagi untuk berehat. Namun, nak buat macam mana - kerajaan memerlukan khidmat saya, maka saya teruskan perkhidmatan ini.

Syukur ke hadrat Allah yang menganugerahi saya nikmat kesihatan sehingga hari ini. Selagi saya sihat, saya akan berkhidmat demi anak-anak di bumi wakafan ini, Insya-Allah! Namun jangan pula diberi betis, hendakkan paha!

Semasa membentangkan hasil Kajian Tindakan pada Persidangan GC di SSP

di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

2 ulasan:

IMANSHAH berkata...

tahniah IPIN, bangga kawe ada guru cemerlang macam demo

arsal74 berkata...

Hahaha... TK
+ guru temberang gak :-D

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...