29 Julai 2009
Pendidikan Prasekolah
19 Julai 2009
Penilaian Berasaskan Sekolah
17 Julai 2009
Pidato Piala Diraja Negeri Kedah (ARKIB)
Pidato Piala Diraja Negeri Keda
12 Julai 2009
PPSMI.... akhirnya
Sedikit menghairankan. Semasa awal pengenalannya dahulu, tiada satupun kajian dan tinjauan rakyat dilakukan. Akan tetapi selepas pengumuman pemansuhan, mantan PM dengan segera membuat bancian internet (perlu diingat, bancian internet).
Apa-apapun, PPSMI tidak dimansuhkan sepenuhnya. Hanya pelajar darjah 1 hingga tingkatan 5 sahaja yang tidak akan belajar dalam bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik, sedangkan di peringkat tingkatan 6, matrikulasi dan universiti, subjek tersebut tetap diajar dalam Bahasa Inggeris. Perlku diingat, bahawa penentangan bahasawan kepada PPSMI bukanlah kerana PPSMI semata-mata, tetapi disebabkan oleh PPSMI itu membawa areana baharu dalam kedaulatan bahasa kebangsaan. PPSMI ialah lambang kehancuran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengungkap fikiran tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh sebab itu, pemansuhan PPSMI mestilah menyeluruh dan menepati keperluan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan pengungkap fikiran bangsa Malaysia.
Sekali lagi, kepada semua pejuang bahasa kebangsaan, ayuh, teruskan langkah perjuangan. Ingat kata-kata mantan PM ke-4 : "perjuangan belum selesai"!
03 Julai 2009
Kongres Pendidikan Islam
Pendapat saya:-
- Usaha tersebut ialah usaha terpuji yang perlu digalakkan. Sesuai dengan namanya – kali pertama – diharapkan selepas ini lebih banyak usaha sebegini dijalankan dengan menggabungkan pelbagai pihak bagi menjana idea yang berkesan ke arah sistem pendidikan yang lebih baik.
- Seharusnya bukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dikaji semula kerana pada pandangan saya – guru terlatih – FPK sudah memadai. Sementelah lagi, pendidikan Islam sendiri mempunyai Falsafah Pendidikan Islam yang menjadi panduan kepada penggubalan kurikulum pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan. Cuma yang perlu dinilai dan dikaji semula ialah pelaksanaannya, sama ada dari segi kurikulum, penilaian, mahupun kokurikulum.
- Kongres tersebut kurang memberi kesan kerana tiada wakil daripada pihak yang berautoriti daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Majlis-majlis Agama Negeri (Bahagian Pendidikan). Begitu juga sewajarnya kongres sebegini perlu mengambil kira hasil kajian lapangan daripada guru-guru sendiri, misalnya oleh KPPK (NUTP) atau badan-badan guru yang berautoritatif. Oleh itu sewajarnya sebelum kongres dilaksanakan, satu kajian lapangan dilaksanakan. Hal ini demikian bagi mengelakkan kongres dan perbincangan di sini sekadar sebuah wacana ilmiah dan teori tanpa mengambil kira keadaan sebenar dan realiti pendidikan di Malaysia.
Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada GAMIS atas usaha yang sungguh baik tersebut. Semoga kongres ini membuahkan hasil yang bermakna untuk diketengahkan kepada pihak-pihak yang terbabit.
Sang Pembicara
Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...

-
Alhamdulillah, pelajar-pelajar Tingkatan Empat 2021 iKUPS telah berjaya menyiapkan projek-projek yang meliputi tema yang dipelajari dalam s...
-
<a href="http://www.pax.com/free-counters.html"><img src="http://counter.pax.com/counter/image?count...
-
Teks syarahan agama 2010. Tajuk :: Masjid Membina Keunggulan Ummah Pemidato :: Mohd Shahrulnizam bin Md Roni Sekolah :: Sekolah ...