27 Jun 2023

Menjengah Saudara Gajah Putih

 Sebagai salah sebuah kumpulan nasyid sekolah terbaik di Malaysia, pasukan Khairan SBPI Kubang Pasu sekali lagi berjaya menempa nama di bumi Gajah Putih. Pada tahun ini, pasukan Khairan buat kali kelimanya telah berjaya melepasi peringkat saringan untuk ke pentas akhir Pertadingan Nasyid Da'ie Voice ASEAN anjuran Tourism Thailand. Seperti tradisinya, pertandingan ini diadakan di wilayah Pattani. Cuma tahun ini agak berbeza apabila Da'ie Voice telah dimasukkan dalam kalendar muzik yang besar di Pattani: Pattani Music Festival. Jika tahun-tahun sebelum ini pertandingan diadakan di perkarangan Masjid Jamik Patani, pada tahun ini festival ini diadakan di padang awam dengan audiens yang lebih besar dan rencam.

Kami bertolak dari Bukit Kayu Hitam ke pekan Dannok seawal jam 8.00 pagi 23 Jun 2023. Kami dijemput oleh pasukan Daie Voice dengan van khas yang disediakan oleh Tourism Thailand. Perjalanan ke bandar Pattani mengambil masa hampir 3 jam. Hari kedua, para peserta dan guru-guru pengiring dibawa melawat ke kawasan-kawasan bersejarah dan menarik untuk dikunjungi. Selain Masjid Kerisek yang penuh dengan sejarah air mata (dan darah), kami dibawa melawat ke pantai peranginan yang begitu asli tanpa pencemaran, Pantai Geger (nama dalam bahasa Thai sukar ditulis :-) ). 

Pada malamnya, pasukan Khairan bertanding dengan 15 pasukan daripada Singapura, Indonesia, Malaysia dan sudah pasti negara tuan rumah, Thailand. Psungan kalah singkir ini bagi mencari 8 pasukan terbaik untuk bertanding pada pusingan penentuan pada malam seterusnya. Pasukan Khairan mendapat giliran ke-13 menampilkan Saudara Afiq Adha sebagai solo, digandingkan dengan Sdr. Syahir, Amzar, Aqil dan Haziq. Persaingan yang singit menyaksikan Khairan terpaksa akur untuk tidak mara ke pusingan akhir. Apa-apaun, pengalaman  bertanding di pentas terbuka ini sungguh bermakna dalam menjadikan Khairan lebih gagah untuk terbang tinggi pada masa hadapan. 

Tahniah kepada pasukan yang berjaya di pentas akhir. Tahniah kepada tuan rumah yang tidak jemu menganjurkan acara ini sehingga musim ke-5 tahun ini. Semoga berkumpa lagi pada tahun hadapan. Kami bertolak balik pada 27 Jun 2023, dan selamat tiba di sempadan pada jam 12.00 tengah hari.














30 November 2022

Bengkel KBAT Ting. 2, 2022

 Setelah lama berehat, MGC iKUPS sekali lagi beraksi. Kali ini melalui Bengkel KBAT Ting. 2 (Tahap Permulaan). Program yang diselitkan dalam Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 2 ini diadakan di D'Puncak Beris Lake Resort, Tasik Beris, Sik, Kedah pada 28.11.2022. Matlamat program tidak lain tidak bukan adalah untuk membudayakan pengaplikasian KBAT secara luas dalam kalangan pelajar. Selama ini mereka telah didedahkan dengan elmen KBAT dalam P&Pc secara khusus mengikut mata pelajaran, namun melalui bengkel ini, pelajar 'dipaksa' berfikir untuk menggunakan pemikiran kritis dan kreatif bagi menyelesaiakn isu kehidupan di sekeliling mereka.

Bengkel selama 4 jam ini memaparkan dua aktiviti utama: (1) penyelesaian masalah untuk meneruskan kelangsunngan hidup melalui penciptaan barangan dan inovasi menggunakan barangan asas yang disediakan; dan (2) mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran sains yang telah dipelajari untuk mencipta binaan kapal/bot yang paling stabil, laju dan menarik menggunakan bahan yang diberi. Selain penciptaan inovasi dan barangan, pelajar juga secara tidak langsung diterapkan kemahiran komunikasi, merancang, mengurus, dan nilai-nilai murni sewaktu proses penciptaan dan pembentangan hasil ciptaan mereka. 

Tahniah kepada semua pelajar terbabit yang telah menunjukkan pemikiran yang realistik dan luar jangka. Inovasi yang dicipta menakjubkan kami, moderator bengkel! Terima kasih juga kepada pasukan MGC yang turun padang pada kali ini: Cg. Asmaniza, Cg, Husni (mantan GC-PKHEM), Cg. Zahrul, serta GC to be, Sir Nazri: Kalian hebat!
















01 Januari 2022

SELAMAT TAHUN BAHARU 2022

 Sudah dua tahun melepasi sasaran Wawasan 2020. Tercapaikah hasrat dan gagasan? Semasa Wawasan 2020 dilancarkan oleh YAB mantan PM ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya masih berada di bangku sekolah menengah. Timbul pelbagai polemik. Satu yang saya ingat ialah tulisan seorang sarjana Melayu popular dari UKM, Prof. Dr Rustam Sani tentang namanya: "Wawasan, Gagasan atau Waswas?" tulisnya dalam Dewan Masyarakat (waktu itu kami di sekolah menengah memang 'dipaksa' membaca majalah Dewan oleh guru Bahasa Melayu). khirnya, selepas 30 tahun, mungkin nama yang ketiga itu yang paling tepat!

Walau apa-apapun, sebenarnya wawasan dan gagasan dirilah yan utama. Apa yang ingin dicapai tertakluk pada diri sendiri, bak kakat Pendeta Za'aba : nasib bergantung pada diei sendiri!

Jadi, selamat menyambut tahun baharu 2022 - semoga hasrat, wawasan dan gagasan tahun ni terus jitu dalam diri kita - jangan waswas!

11 Julai 2021

Jom Jawab!





Kuiz Bahasa Melayu dalam talian yang saya sediakan, khas untuk pelajar-pelajar, khususnya pelajar menengah atas. Jom mula!

1. Kuiz Tatabahasa : https://quizizz.com/join?gc=709492

2. Kemahiran Sastera : https://quizizz.com/join?gc=624488

3. KOMSAS : https://quizizz.com/join?gc=385116

4. Tatabahasa (Penyuntingan) : https://quizizz.com/join?gc=143986

5. Pengetahuan Am (tema: pertanian) : https://quizizz.com/join?gc=417758

Nak lagi? Tungguuuuu....

25 Jun 2021

LATIHAN DALAM TALIAN SEMPENA PKP COVID19

Assalamualaikum w.b.t

Sempena cuti kurungan kuarantin PKP COVID19 ini, cikgu kongsikan latihan secara dalam talian untuk membugarkan minda anak-anak pelajar. Selamat bercuti sambil belajar...

(p/s: Cikgu tambahkan beberapa latihan lagi sempena PKPKPKPPP 2021 ni... Selamat menjawab!)

#PKPBv.2
#savemalaysia
#pray4us
#stayAtHome
#KitaJagaKita 
#iKUPSno1



1. Latihan Peribahasa
   https://forms.gle/72gJGU8PtzN7sxWT9

2. Latihan Kesalahan Imbuhan 2
https://forms.gle/6CLwbWzeWZvT8Zd88

3. Latihan Kesalahan Imbuhan 1
https://forms.gle/gdoNUxJ1AU2GJHRC6

4. Peribahasa 2
https://forms.gle/9VD1aQSfobi2rSTP6
 
5. Padanan Istilah/Perkataan
https://forms.gle/ohnke4x1kF698Ppi8

6. Kesalahan Imbuhan
https://forms.gle/egCmRR7s2bvZiJaE9

7. Kesalahan Ejaan 2
https://forms.gle/oYuANWQb6KjiHp4C8

8. Pola Ayat Dasar 
https://forms.gle/oMYNo52hGAU3LzRD6

9. Awwalulkalam PKPB

10. Latihan peribahasa 3K





22 Mei 2021

Modul Pembelajaran Bahasa Melayu KSSM



 Akhirnya, selepas berbulan-bulan bersengkang mata, memerah otak dan menjana idea, Modul pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Lima berjaya diterbitkan. Kolaboratif 31 orang guru Bahasa Melayu sebagai penggubal dengan 13 orang penyunting ini membuktikan tiada gunung terlalu tinggi, tiada lurah terlalu dalam untuk ditempuh. Walaupun agak lama prosesnya (hampir 5 bulan), namun ketekunan dan kerjasama yang berterusan menjadikan modul ini sebagai buah tangan terbaik untuk para pendidik Bahasa Melayu. Terima kasih kepada Pn. Hasliana Mod Hassan, pegawai Unit Bahasa di Sektor Pembelajaran JPN Kedah yang telah bertungkus-lumus merealisasikan projek ini.

Modul ini merangkumi tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar, dengan gabung jalin aspek seni bahasa dan tatabahasa. Penerbitan ini menjadi tanda aras kepada penerbitan modul-modul pembelajaran yang lain kerana sifatnya yang menyeluruh dan merangkumi semua Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan Bahasa Melayu Tingkatan 5, KSSM. Dengan kekurangan bahan pengajaran dan pemelajaran di pasaran, modul KSSM yang pertama kali diterbitkan ini diharapkan akan menjadi pemangkin kecemerlangan guru-guru dalam merancang dan melaksanakan PdPC dengan lebih berkesan, selari dengan OMP Bahasa Melayu KSSM. 

Seterusnya, nantikan kemunculan beberapa modul KSSM lain - dibuat khusus untuk kita!

09 Mac 2021

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Bahasa Melayu Ting. 4

 Alhamdulillah, pelajar-pelajar Tingkatan Empat 2021 iKUPS telah berjaya menyiapkan projek-projek yang meliputi tema yang dipelajari dalam subjek Bahasa Melayu. Sebanyak enam tema telah diberi dan mereka bebas memilih tema yang disukai setelah berbincang dengan ahli kumpulan. PBL kali ini sedikit berbeza daripada sebelum ini apabila 100 peratus hasil mereak menggunakan medium ICT bagi menghailkan dan memaparkan hasil kerja mereka.

(gambar hak cipta :http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/10/pembelajaran-berasaskan-projek.html)


Terdapat dua tugasan yang perlu dibuat persembahan (showcase) iaitu penulisan dan video. Tujuan PBL ini, selain memantapkan maklumat mereka tentang tema yang dipelajari adalah sebagai penilaian untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi ketiga-tiga kemahiran (bertutur, membaca dan menulis).

Silakan menonton hasil kerja mereka, dan 'like' video kumpulan kesukaan anda. Video terbanyak memperoleh 'like' dikira sebagai pemenang! 

Selamat menonton!
Selamat mengundi!


(1) Hasil penulisan (blog) : https://alphagenerationstu.wixsite.com/algenst 


(2) Hasil video (YouTube) : https://www.youtube.com/playlist?list=PLHzhOFKi3hLPPh7vnI0KWGW0Psr81uoP_

#PBLBM 

#iKUPSno1 

#VideoPdPciKUPS 

#BahasaJiwaBangsa

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...