30 November 2022

Bengkel KBAT Ting. 2, 2022

 Setelah lama berehat, MGC iKUPS sekali lagi beraksi. Kali ini melalui Bengkel KBAT Ting. 2 (Tahap Permulaan). Program yang diselitkan dalam Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 2 ini diadakan di D'Puncak Beris Lake Resort, Tasik Beris, Sik, Kedah pada 28.11.2022. Matlamat program tidak lain tidak bukan adalah untuk membudayakan pengaplikasian KBAT secara luas dalam kalangan pelajar. Selama ini mereka telah didedahkan dengan elmen KBAT dalam P&Pc secara khusus mengikut mata pelajaran, namun melalui bengkel ini, pelajar 'dipaksa' berfikir untuk menggunakan pemikiran kritis dan kreatif bagi menyelesaiakn isu kehidupan di sekeliling mereka.

Bengkel selama 4 jam ini memaparkan dua aktiviti utama: (1) penyelesaian masalah untuk meneruskan kelangsunngan hidup melalui penciptaan barangan dan inovasi menggunakan barangan asas yang disediakan; dan (2) mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran sains yang telah dipelajari untuk mencipta binaan kapal/bot yang paling stabil, laju dan menarik menggunakan bahan yang diberi. Selain penciptaan inovasi dan barangan, pelajar juga secara tidak langsung diterapkan kemahiran komunikasi, merancang, mengurus, dan nilai-nilai murni sewaktu proses penciptaan dan pembentangan hasil ciptaan mereka. 

Tahniah kepada semua pelajar terbabit yang telah menunjukkan pemikiran yang realistik dan luar jangka. Inovasi yang dicipta menakjubkan kami, moderator bengkel! Terima kasih juga kepada pasukan MGC yang turun padang pada kali ini: Cg. Asmaniza, Cg, Husni (mantan GC-PKHEM), Cg. Zahrul, serta GC to be, Sir Nazri: Kalian hebat!
















Tiada ulasan:

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...