19 Januari 2013

Selamat Bertugas...

Seperti lazimnya, pada awal tahun antara yang paling sibuk ialah para pengawas. Jadi bagi menghargai dan menguar-uarkan 'kewujudan' mereka secara rasmi, maka majlis pelantikan telah diadakan. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Kepimpinan Pelajar SBPI Kubang Pasu 2013 telah disempurnakan pada 15 Januari 2013 oleh YBhg. Tn. Hj Halim bin Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu. Majlis yang sederhana ini telah menyaksikan seramai 34 orang pengawas telah dilantik, yang terdiri daripada 24 orang pengawas tingkatan 5 dan 10 orang pengawas tingkatan 4. Mereka diketuai oleh 5 orang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, iaitu :
  1. Abdul Azim Akmal bin Ismail sebagai Ketua Pelajar
  2. Izyan Adlina bt Zainuddin sebagai Timbalan Ketua Pelajar 1
  3. Mohd Idraki Eiyman bin Mohd Zamri sebagai Timbalan Ketua Pelajar 2
  4. Mohd Lutfi bin Roslan sebagai Penolong Ketua Pelajar (Putera)
  5. Anisah bt Abd Rahim sebagai Penolong Ketua Pelajar (Puteri)
Semoga mereka dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh tulus, jujur dan bertanggungjawab sepertimana yang dikrarkan oleh mereka. Selamat bertugas!




6 ulasan:

Unknown berkata...

Logo tu . :)

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

Siapakah ketua badar tahun ni?

Budak barukah?

arsal74 berkata...

Terima kasih daun keladi kpd Muhammad Faris 'Azim atas kemurahan hati mereka logo LKP :-)

Ketua BADAR bdk baru jgk Iqbal.. :-)

mustaffa.kamal berkata...

cikgu, nak tanya, apa nama zikir yang cikgu guna kat blog nie?

Husairi Hanafi berkata...

salam, tuan..boleh saya dapatkan link lagu zikir di dalam blog tuan ini. indah alunannya.=)

arsal74 berkata...

Maaf...saya sendiri sudah lupa tajuk zikir ini (mungkin Astaghfirullahal'azim) mahupun sumber asal yang saya pautkan ke dlm blog ni... maaf, tak dapat membantu!

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...