Keputusan SPM dah lama diumumkan. Syukur, sehingga tahun ini, tidak pernah aku terlepas untuk hadir di sekolah pada tarikh diumumkan keputusan SPM sejak tahun 2006. Pada setiap tahun, daku melihat air mata - gembira dan duka. Namun bak kata orang tua-tua : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Namun seperti yang sering dilafazkan, SPM bukan pengakhiran perjalanan sebagai seorang pelajar, tetapi hanya satu permulaan.
Selamat maju jaya kepada semua anak murid yang berjaya dengan cemerlang. Bagi mereka yang berjaya dengan kurang cemerlang, usah risau. Pilihlah jalan yang sesuai dengan pencapaian anda. Bukan semua orang ditakdirkan melalui jalan yang sama untuk berjaya. Yang penting : usaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, Allah bersama kalian, guru-guru tetap menyokong kalian.
Akhir kalam, kepada semua pelajar yang telah menyumbangkan Gred Purata Bahasa Melayu SBPIKP tahun ini menjadi 0.38 (terbaik setakat ini), terima kasiih dan tahniah!
Dipaparkan wajah-wajah pendidik SBPIKP pada saat menerima keputusan : suka dan duka untuk tatapan anda... Apa-apapun, TERIMA KASIH CIKGU!
3 ulasan:
mmg setiap tahun kena buka kertas panjang2 macam skrol tu ka cgu? haha
anyway tahniah atas pencapaian..semoga terus bertambah berkat dan kejayaan =p
Hahahaa.... selagi LPM x ubah format bagi kertas slip keputusan, camtulah kami dok wat tiap2 thn ...:)
gambaq-gambaq yang cool! tak tahu pulak proses dalam bilik guru macam ni.
panjang betul result-result ni. jenuh.
Catat Ulasan