06 Ogos 2011

... akhirnya, kau tiba juga!

Syukur, sudah lima hari kau datang. Bertamu di bumi Tuhan. Kedatanganmu yang dipenuhi barakah, disuburi rahmah. Alhamdulillah... kau tiba mrmbawa roh keimanan, cahaya kudus daripada Ruh al-Qudus. Kau simpulkan hati-hati yang jauh daripada Tuhan dengan simpulan al-Quran. Kau dekatkan kalbu hamba-hamba-Nya dengan tarawih. Kau serikan malam rumah-Nya dengan qiyamullail. Alhamdulillah!

Berjayalah..berjayalah hati-hati yang dibasahi embun keinsafan. Berjayalah, hati-hati yang disimbahi nur ketaqwaan!

Wahai orang - orang yang beriman! Difardukan kepada kamu berpuasa, sepertimana telah difardukan kepada orang-orang yang mendahului kamu, moga-moga kamu bertaqwa. (Kefarduan itu pada) hari-hari yang telah ditentukan!
[ al-Baqarah, 2 : 182-183]

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/ dirantai segala Syaitan dan Jin-Jin yang sesat, ditutup segala pintu Neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu Syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api Neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)
[Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.]

1 ulasan:

IMANSHAH berkata...

Selamat berpuasa buat saudara Ipin dan warga SBPI KP

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...