15 Julai 2011

gEGaR 2011

Lama juga tidak menulis di sini. Sibuk.... [herm... alasan yang sungguh klise!]. Tertagak-tagak untuk menulis tetapi realitinya - memang banyak program yang mengekang. Namun dalam kesibukan, masih ada yang nikmat. Mungkin kesibukan yang nikmat? Kunjungan bekas pelajar selalu memberikan semacam 'tenaga baharu' untuk kebanyakan ('kebanyakan') guru di i-KUPs. Dalam apa jua keadaan - kunjungan sebegitu sedikit sebanyak mengingatkan kami, bahawa itulah tugas kami :: bersyukur dengan apa-apa jua yang anda semua peroleh. Bagi saya :: matlamat belajar bahasa - untuk menjadi orang mungkin terlaksana apabila masih ada dalam diri anda roh peribahasa : tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain!

Selain kunjungan x-mentee minggu sebelumnya, pada minggu lepas ( 7 - 9 Julai 2011 ) telah berlangsung Program GEGAR SBPIKP 2011. Ramai juga bekas pelajar yang datang. Program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar SBPIKP (OXSIKA) ini mengumpulkan lebih 50 orang (rasa-rasanya lebih) bekas pelajar sejak yang berapak di i-KUPs sejak 2004. Walaupun pada rancangan asalnya program ini akan bermula pada 14 - 16 Julai, namun terpaksa diawalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, walaupun baharu 5 generasi yang telah meninggalkan sekolah, namun keinginan untuk membantu adik-adik di bangku sekolah amat menggembirakan.

Mungin tidak perlu saya mengulas tentang perjalanan program tetapi prlu juga disebut - proses penambahbaikan untuk program ini perlu ada pada tahun-tahun akan datang. Semoga dengan itu program ini akan lebih berkesan. Apa-apapun, respons daripada pelajar tingkatan 5 memang positif terutama yang melibatkan penerangan IPT dalam dan luar negara selain tajaan dan biasiswa.

Apa-apapun diharapkan program ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Walaupun kami - yang dah tua-tua ni - mungkin tidak lagi berada di i-KUPs, diharapkan semua x-pelajar menjadikan tanah Bukit Kayu Hitam ini tempat membina kesepaduan roh dan semangat untuk berbakti kepada agama, nusa, dan bangsa.

Terima kasih kepada Sdr. Hannan (pengarah projek), Amre (Presiden OXSIKA), serta semua AJK, fasilitator, dan yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tenang-tenang air dilaut
Kapal kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

2 ulasan:

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

teringin nak pi jugak, insya-Allah jika ada ruang dan peluang nanti )

arsal74 berkata...

insya-Allah tahun depan wat lagi :: jgn tak balik pulak :-)

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...