26 Ogos 2011

Syarat Baru Kemasukan SBP Untuk Murid Miskin Dan Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.

"Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Muhyiddin berkata kementerian sedar murid-murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar selain ada yang tidak dapat menumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.

"Kementerian juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pembelajaran am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu," katanya.

Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang ketinggalan seperti pelajar miskin dan pelajar di luar bandar.

Menurut kenyataan itu, pelajar miskin dikategorikan berdasarkan pendapatan keluarga yang merujuk kepada ketetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Wilayah 2007 iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM960 sebulan bagi Sabah dan Labuan serta RM830 sebulan bagi Sarawak.

Menurut data lokasi sekolah Kementerian Pelajaran, sebanyak 4,319 sekolah rendah dikategorikan sebagai lokasi luar bandar manakala 830 buah lokasi pedalaman.

-- BERNAMA

25 Ogos 2011

Akhir Ramadan

Alhamdulillah... tengah hari tadi berakhirlah kehidupan para pelajar i-KUPs sepanjang Ramadan 1423 di sekolah (dan asrama). Mulai pukul 12.30 tengah hari berduyun-duyunlah anak-anak ini kembali ke rumah masing-masing , sama ada di kampung atau di kota. Semoga semuanya selamat dalam perjalanan, selamat sepanjang musim perayaan dan selamat kembali ke sekolah selepas habis bercuti. Insya-Allah, kita berjumpa lagi  pada 4.9.2011.

Tadarus di Dataran Ilmu



Majlis Iftar Jamaie di Dewan Makan





Majlis Khatam al-Quran di Musolla Jannatun Naim


Bermaaf-maafan menjelang Aidilfitri

Duit Raya tak ada tahun ni.... :-)

08 Ogos 2011

tak sudah-sudah!

Susah sangatkan nak faham? Orang yang bernama Ali, Azman, Azimah...dan lain-lain. Namun sebenarnya tidak pelik :: sebab mereka sudah dibutakan dengan pemujaan berterusan kepada penjajahan :: penjajahan minda dan hati ::

Hasrat ibu bapa perlu diutamakan? hak belajar anak-anak?? Sudahlah!!! Tak payah cakap apa-apa lagi - bagilah apa-apapun hujah dan bukti kepada mereka, jawapannya ? :: Dah terpateri hati dan jiwa => yang dicari ialah alasan yang boleh menyokong nafsu - sudahlah!!! Tak perlulah kita berdebat. Tak perlu bagi akta itu, akta ini - hak asasi , konvensyen apa-apapun. Kalau pada zaman Rasulullah dulu, baginda telah diturunkan ayat :: lakum dinukum, waliyadin!  ::: Khatamallahu 'ala qulubihim wa 'ala sam'ihim wa 'ala absorihim ghisyawah!

* Nota :: Perkara 152 Perlembagaan Pesekutuan:

Perkara 152 : Bahasa Kebangsaan;
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa
Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan
Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya
yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan
oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala
prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

06 Ogos 2011

... akhirnya, kau tiba juga!

Syukur, sudah lima hari kau datang. Bertamu di bumi Tuhan. Kedatanganmu yang dipenuhi barakah, disuburi rahmah. Alhamdulillah... kau tiba mrmbawa roh keimanan, cahaya kudus daripada Ruh al-Qudus. Kau simpulkan hati-hati yang jauh daripada Tuhan dengan simpulan al-Quran. Kau dekatkan kalbu hamba-hamba-Nya dengan tarawih. Kau serikan malam rumah-Nya dengan qiyamullail. Alhamdulillah!

Berjayalah..berjayalah hati-hati yang dibasahi embun keinsafan. Berjayalah, hati-hati yang disimbahi nur ketaqwaan!

Wahai orang - orang yang beriman! Difardukan kepada kamu berpuasa, sepertimana telah difardukan kepada orang-orang yang mendahului kamu, moga-moga kamu bertaqwa. (Kefarduan itu pada) hari-hari yang telah ditentukan!
[ al-Baqarah, 2 : 182-183]

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/ dirantai segala Syaitan dan Jin-Jin yang sesat, ditutup segala pintu Neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu Syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api Neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)
[Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.]

02 Ogos 2011

Kisah kala jengking

Tadi, semasa turun dari rumah, saya "terserempak" dengan seekor kala jengking. Warnanya yang hitam menunjukkan bahawa jengking ini spesies yang berbisa. Saya melanggarnya dengan motosikal. Tiga, empat kali tetapi masih juga boleh berjalan. Oleh sebab malam yang gelap, saya meninggalkan sahaja jengking di situ - dengan harapan akan mati. Waktu balik dari solt terawih, saya dapati jengking itu masih berada di tepi dinding - tak bergerak-gerak. Mungkin sudah mati. Esoklah akan dibuang bangkainya, sebab ekornya masih mengandung sengat berbisa walaupun sudah mati.

Beginilah lebih kurang yang ada di "bawah rumah" tadi

Tiba-tiba teringat cerita semasa Isra' dan Mi'raj Nabi (saya petik seluruhnya daripada laman sesawang PAS Cawangan Chabau, Melaka )

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
 SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADAN DENGAN AMAL KEBAKTIAN, SEMOGA KITA DIMASUKKAN KE SYURGA MELALUI PINTU AL-RAYYAN, AMIN!

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...