17 Februari 2011

Alhamdulillah...

23 buah sekolah lagi diiktiraf SBT

17/02/2011 12:56pm

LIMBANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan. Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.

Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.  

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.

Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; dan SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.

SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang; dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lepas, 20 sekolah diumum sebagai SBT. – Bernama

3 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah atas usaha-usaha semua warga SBPIKP....
terutamanya cikgu-cikgu yang menjadi tulang belakang dalam pencapaian tersebut...

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

ya, cikgu-cikgu, inilah hasil penat lelah anda. Kami mendoakan yg terbaik buat warga SBPIKP di sana.

arsal74 berkata...

TERIMA KASIH...

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...