Islamic Widget

19 Julai 2009

Penilaian Berasaskan Sekolah

Secara teorinya, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) memberi keluwesan kepada pelajar untuk menimba ilmu. Guru-guru pula tidak lagi terbeban untuk mengejar A dalam setiap pelajaran. Pelajar juga lebih bersemangat kerana penilaian adalah secara menyeluruh dan berterusan. Lantaran itu PBS sedia ada seperti PEKA, ULBS, PAFA telah diambil kira markah dalam peperiksaan awam. Atas "kejayaan" PBS sedia ada, KPM khabarnya akan memansuhkan UPSR menjelang 2012 dan digantikan dengan PBS sepenuhnya. Syabas diucapkan.

Walau bagaimanapun dari segi pelaksanaannya, terlalu banyak kekangan. Hal ini demikian kerana PBS bersifat "setempat". Seandainya PBS dilaksanakan dalam UPSR sedangkan markahnya / gred UPSR itu diambil kira untuk kemasukan ke sekoah-sekolah elit seperti SBP, MRSM, malah sekolah-sekolah agama (SMKA / SABK), maka adalah gred mereka absah? Siapa yang berani memberikan jaminan bahawa gred yang diberikan menepati piawai penilaian yang sebenar?

Dalam hal ini. sekiranya PBS benar-benar ingin dilaksanakan sepenuhnya, maka saya kira setiap sekolah elit yang ingin mengambil pelajar terbaik perlu dibenarkan menjalankan ujian mereka sendiri kepada "pelajar-pelajar yang berminat sahaja". Dengan cara itu, kualiti pelajar yang diterima ke sekolah itu bertepatan dengan piawai sekolah tersebut. Sebagai contoh, sehingga kini MRSM dan SMKA mengadakan ujian kelayakan untuk setiap murid (tingkatan 1) yang memohon masuk ke sekolah-sekolah tersebut. Akan tetapi bagi SBP, tiada sebarang ujian kelayakan.

Oleh sebab itu, saya mencadangkan pihak Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) menjalankan ujian kelayakan ke SBP (mungkin perlu dibezakan sedikit ujian tersebut antara SM premier / SM sains / SBPI bagi memenuhi keperluan semasa). Jika MRSM dan SMKA telah berjaya menjalankan ujian ini tanpa banyak masalah, kenapa tidak kepada SBP?

Jika KPM benar-benar serius dalam pelaksanaan PBS, saya kira cadangan saya ini perlu diambil perhatian oleh mereka yang terlibat.

1 ulasan:

nancy berkata...

Salam Sejahtera, saya bersetuju dengan Minda Ariffin Ibn Salleh.
1. PBS dijalankan di sekolah.
2. msalahnya,
pemilihan pelajar ke MRSM dan SMA.

Murid akan belajar secara luwes, dan akan mengalami pembelajaran dengan lebih terbuka, tidak tertakluk kepada peperiksaan awam sahaja. Bagi pendapata saya, peperiksaan awam tidak mampu menilai perkara lain selain Pencapaian AKADEMIK Murid. itu tidak adil bagi murid yang lemah kognitif, tapi baik dalam psikomotornya...

cadangan saya,
1. pemantauan melalui PBS juga harus lebih kerap yang perlu dijalankan oleh setiap guru mata pelajaran.
2. penilaian adalah merujuk kepada Matlamat Falsafah iaitu " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Tambah lagi perkembangan Sahsiah individu.. Seharusnya, PBS mampu dan boleh mengukur JERIS bagi mencapai matlamat FPN. supaya murid PROBIM dan PROTIM mempunyai aras Pengukurannya yang berasingan dan Khusus berbanding dengan murid normal dan yang menguasai 3M di sekolah. Ini bukanlah bermaksud mengasingkan murid golongan PROTIM dan PROBIM,tetapi, kita sedia maklum, golongan ini tidak boleh bersaing dengan golongan murid yang menguasai Kemahiran 3M.

Bagi masalah pemilihan murid ke MRSM dan SMA.. ya, perlu ada ujian sendiri untuk menapis dan memilih murid yang benar2 berminat dan mempunyai kelayakan. Cadangan itu amat baik untuk diteruskan.NAmun, diharapkan, peniliana tersebut juga berasaskan prestasi murid melalui tapisan pencapaian dalam PBS individu juga.

terima kasih.
oyowho@gmail.com